6 LAMAN WEB INI SANGAT BERGUNA DAN BERINFORMASI UNTUK DILAWATI
6 Laman Web Ini Sangat Berguna Dan
Berinformasi Untuk Dilawati l
Zaman sekarang
zaman dimana setiap informasi berada pada tangan kita. Nak cari maklumat yang
dikehendaki, boleh mencarinya melalui laman web tertentu dengan menggunakan
laptop atau smartphone. Mudah je kan! Bagi mereka yang masih tercari-cari
maklumat pekerjaan di Malaysia, anda tak perlu risau kerana di dalam artikel
ini, ada dikongsi info mengenai peluang pekerjaan yang boleh dipohon.
Sebenarnya, masih ramai yang tak tahu terdapat
beberapa laman web atau blog di Malaysia yang sangat berguna dalam memaparkan
peluang pekerjaan kepada anak muda di Malaysia. Pada masa yang sama, ada juga
laman web yang menyediakan platform bagi memudahkan urusan penjawat awam dalam
bidang pendidikan. Disini, admin paparkan 6 laman web yang sangat berguna
dan berinformasi untuk dilawati. Nak tahu, teruskan membaca.
6 Laman Web Ini Sangat Berguna Dan
Berinformasi Untuk Dilawati

Bagi mereka yang masih lagi tercari-cari peluang
pekerjaan di Malaysia, terutamanya lepasan IPTA/IPTS, laman
web Government.my merupakan platform yang sesuai dalam mencari
pekerjaan dan mengisi jawatan kosong yang disediakan oleh kerajaan. Terdapat
lebih 10,000 jawatan kosong dari sektor awam disediakan dalam pelbagai bidang
seperti bidang pendidikan, perubatan, kesihatan, perbankan dan sebagainya. Apa
yang menariknya, jawatan-jawatan kosong yang ada dalam laman web ini ditawarkan
di setiap negeri. Bagi yang mempunyai kelayakan yang sesuai untuk mengisi
jawatan kosong yang disediakan, digalakkan mencuba untuk memohon pekerjaan
dalam laman web tersebut. Selain daripada peluang pekerjaan, laman web Government.my juga
menyediakan menyediakan pelbagai info dan isu semasa yang berkaitan serta tips
dan panduan kepada pembaca.

Apabila tamat pengajian, ramai yang masih dilema
sama ada nak kerja dalam sektor kerajaan atau sektor swasta. Bagi yang berminat
untuk menceburi pekerjaan dalam sektor kerajaan, laman web Jawatan
Kosong Kerajan adalah laman yang patut dilawati jika anda inginkan
kelebihan menjawat jawatan kerajaan seperti kenaikan gaji tahunan, elaun
perumahan, kemudahan pinjaman, cuti tahunan dan cuti bersalin, caruman KWSP
serta pencen dan banyak lagi. Melalui laman web Jawatan Kosong
Kerajan, anda boleh memilih dan mengisi kekosongan jawatan yang ditawarkan
dalam pelbagai bidang, mengikut kelayakan akademik yang anda miliki. Jadi, stay
tuned selalu dengan laman web ini, supaya anda menjadi orang yang terawal tahu
tentang jawatan kosong yang ditawarkan di sektor kerajaan. Secara tak langsung,
anda dapat membuat persediaan awal untuk memohon jawatan tersebut.

KERJA
KOSONG
Kepada mereka yang masih menganggur atau ingin
mencuba peluang pekerjaan yang baru, bolehlah layari laman web
Kerjakosong.co. Ianya adalah satu laman web yang menghubungkan majikan
dengan pekerja. Dalam portal ini, majikan boleh submit dan publish tawaran
kerja kosong terus kepada mereka yang berminat. Melalui laman web
Kerjakosong.co ini, kerja kosong akan dikemaskini setiap hari
bagi memudahkan orang ramai untuk mencarinya. Anda boleh memilih sama ada untuk
memohon pekerjaan dalam sektor kerajaan atau sektor swasta. Cubalah memohon
mana-mana kerja kosong yang dipaparkan dalam laman web ini..mana tahu kan
rezeki anda ada disini. Tunggu apa lagi, mohon sekarang!

SAPS ini secara ringkasnya adalah Sistem Analisis
Peperiksaan Sekolah. Sebagai seorang guru, laman web SAPS Ibu Bapa ni
memang sangat familiar bagi aku kerana ianya melibatkan kemasukan markah bagi
setiap peperiksaan seperti peperiksaan pertengahan tahun dan peperiksaan akhir
tahun. Kalau dulu, ada anak-anak kita yang sembunyikan keputusan peperiksaan
daripada diketahui oleh mak ayah, takut dimarahi. Tapi dengan adanya laman
web SAPS Ibu Bapa, ibu bapa boleh menyemak keputusan peperiksaan
anak-anak mereka dengan hanya mengisi no kad pengenalan anak, jenis sekolah dan
tahun. Dan keputusan peperiksaan boleh diketahui dengan segera.
Salah satu rutin harian aku sebagai cikgu selain
mengajar ialah pengurusan murid melalui APDM (Aplikasi Pengkalan Data Murid).
Melalui laman web APDM, guru kelas dikehendaki mengisi dan mengemas kini
data maklumat murid dan ibu bapa penjaga serta mencatatkan kehadiran murid
dalam sistem setiap hari. Pada masa yang sama, laman web APDM adalah
aplikasi yang berfokus kepada sistem satu pangkalan data tunggal bagi
murid-murid di seluruh negara yang bertujuan untuk mengurangkan beban tugas
guru.

HRMIS2 ini merupakan aplikasi dalam talian yang
dikenali sebagai Sistem Maklumat Pengurusan. Dalam laman web Hrmis2, terdapat
12 fungsi yang disediakan untuk penjawat awam. Antaranya ialah pengurusan
prestasi, formulasi dan penilaian strategi, penilaian kompetensi, perolehan
sumber manusia, pembangunan,pengurusan rekod peribadi, pengurusan kerjaya,
penamatan perkhidmatan, pengurusan saraan, data penjawatan, pengurusan
komunikasi dan perkhidmatan maklumat.
Diharapkan melalui 6 laman web yang dinyatakan di atas dapat sedikit sebanyak membantu terutamanya 3 laman web yang memaparkan tentang peluang pekerjaan. Boleh cuba tengok dan pohon mana-mana pekerjaan yang sesuai dengan minat dan kelayakan anda. Belum cuba belum tahu. Mungkin rezeki anda ada disini!
Diharapkan melalui 6 laman web yang dinyatakan di atas dapat sedikit sebanyak membantu terutamanya 3 laman web yang memaparkan tentang peluang pekerjaan. Boleh cuba tengok dan pohon mana-mana pekerjaan yang sesuai dengan minat dan kelayakan anda. Belum cuba belum tahu. Mungkin rezeki anda ada disini!
Comments
Post a Comment