KEDUDUKAN WANITA SEBELUM ISLAM DAN WANITA KINI

Assalaamu’alaikum
w.b.t….. dan selamat sejahtera. Perbincangan tentang isu wanita sememangnya sampai
bila pun tidak akan habis. Lebih-lebih lagi wanita di zaman moden ini yang
semakin canggih dan mula menunjukkan belang. Berikut ini saya cedok
petikan-petikan dari buku Suami Isteri Yang Engkar – Thana Abdullah Al Afif
, tentang kisah wanita sebelum kedatangan Islam. Dan kemudiannya saya
akan mengulas sedikit tentang wanita pada zaman sekarang. Semoga kaum wanita
semua berfikir dalam-dalam ya.
Wanita
sebelum Rasulullah S.a.w , berdarjat tidak berguna kecuali untuk memelihara
keturunan dan mengatur rumahtangga. Apabila isteri melahirkan anak yang tidak
cantik mereka pun membunuhnya. Wanita yang ‘subur’ dipinjam oleh lelaki (bukan
suaminya) untuk melahirkan anak. Pendek kata, masa perkembangan peradaban
Yunani, wanita hanya melayani cinta dan hawa nafsu.
Aristotles
tidak berpandangan baik terhadap kaum wanita. Dalam pandangannya, wanita adalah
manusia yang serba kekurangan. Kehidupan dalam rumahtangga adalah kehidupan
yang impian, dan adalah silap untuk menyamakan setingkat laki-laki. Menurut
Plato, keberanian laki-laki adalah dalam kepimpinan dan keberanian wanita
adalah dalam melakukan pekerjaan-pekerjaan yang rendah.
Zaman
Yahudi
Pada
zaman Yahudi, sebahagian orang menjadikan anak perempuan setaraf pelayan, dan
ayahnya berhak menjualnya. Wanita boleh menerima waris, kecuali bila ayahnya
tidak mempunyai keturunan anak-anak lelaki. Dalam ‘Sifr ALJamiah’ dinyatakan,
“Aku dan hatiku berkeliling untuk menyelidiki dan mencari hikmat dan akal, dan
untuk mengetahui kejahatan adalah kebodohan, dan untuk mengetahui kedunguan
adalah kegilaan. Aku mendapatkan yang lebih buruk dari maut adalah wanita yang
merupakan jaring, sedang tangannya adalah perangkap dan tali”.
Pepatah
orang China mengatakan, “Dengarkanlah isterimu dan jangan mempercayainya”.
Pepatah
Russia mengatakan, “Tidaklah anda dapatkan dalam setiap sepuluh wanita kecuali
satu jiwa.”
Pepatah
Itali mengatakan, “Kendali itu untuk beradu cepat dan kuda lumba, sedangkan
tongkat itu untuk wanita yang buruk akhlaknya.”
Pepatah
Sepanyol mengatakan, “Takutilah wanita yang buruk tingkah lakunya dan jangan
membanggakan wanita mulia.”
Penganut
Hindu
Disebutkan
dalam hukum-hukum Hindu, wabah kematian, neraka, racun, ular dan api lebih baik
daripada wanita.
Disebutkan
dalam hukum Manu iaitu sebahagian dari ajaran Hindu, bahawa pada masa kecil
wanita tunduk kepada ayahnya, pada masa muda tunduk kepada suaminya, pada masa
jandanya tunduk kepada anak-anaknya. Dan ketika dia tidak mempunyai anak dan
sanak saudara, ia tunduk kepada kerabat suaminya dan tidak boleh urus dirinya
sendiri.
Bangsa
Romawi
Dinyatakan
dalam hukum Romawi, perempuan dianggap hamba lelaki dan sebagai barang dagangan
murah yang dapat dipergunakan sebagaimana dikehendaki. Ia menguasai wanita
sekehendaknya sehingga hidupnya menjadi milik ayahnya, kemudian suaminya,
kemudian anak-anaknya. Pemilikan mereka terhadapnya sama lah seperti memiliki
haiwan dan benda mati. Laki-laki melihat kepada perempuan sebagai pembangkit
syahwat dan perempuan itu syaitan dan kotor, dan ia tidak memiliki kekuasaan
atas kebetinaannya.
Patut
kita ketahui penghinaan dan ejekan yang dialami wanita Romawi, iaitu ketika
orang-orang Romawi berkumpul untuk membahas hal ehwal kaum wanita. Mereka
memutuskan bahawa wanita adalah makhluk yang berjiwa dan tidak akan mewarisi
kehidupan ukhrawi sedangkan dirinya kotor dan tidak boleh makan daging, tidak
boleh tertawa dan tidak boleh berbicara. Wanita harus menghabiskan seluruh
waktunya dalam layanan dan bersikap tunduk.
Mereka
menghina wanita antara lain dengan melarangnya bicara sehingga wanita sejak
mula merangkak hingga boleh berjalan, kemudian bekerja di rumahnya tanpa
mengucapkan suatu kata apa pun. Apabila berbicara ia akan menimbulkan bencana.
Kerana percakapannya adalah alat merayu. Larangan tersebut adalah undang-undang
yang dikeluarkan oleh anggota Dewan Tribunal Romawi yang mengharamkan wanita
memiliki lebih emas, dan memakai baju berwarna warni serta menaiki kereta
hingga sejauh satu batu dari Rome, kecuali perayaan-perayaan umum yang tertentu.
Ada
suku bangsa yang menganjurkan wanita yang ditinggal mati suaminya agar bunuh
diri. Isteri yang malang terjun dari tempat yang tinggi sehingga patah lehernya
atau patah tulang rusuknya. Adakalanya wanita membakar dirinya di dalam api
yang digunakan untuk membakar jasad suaminya.
Orang-orang
Mesir Kuno
Wanita
di kalangan mereka mempunyai kedudukan yang tinggi dan hal ini nampak dalam
penyembahan Isis, dewi keibuan, cinta dan kecantikan serta lambang bulan.
Isis
melambangkan kesuburan seperti wanita. Wanita Mesir juga dibebani kekuasaan dan
tunduk di atas takhta kerajaan. Ratu pertama yang memerintah menurut sejarah
ialah Hatshapsut.
Oleh
kerana wanita dianggap makhluk yang tinggi, maka hukum-hukum peradaban Mesir
memperlakukan dengan baik. Hal itu dapat kita saksikan dengan jelas dalam
sejarah penulisan Mesir. Ditemukan lembaran-lembaran kertas dekat Taibah yang
mencantumkan nasihat-nasihat Tahotep yang berbunyi;
“Apabila
engkau menjadi seorang lelaki yang berkedudukan, dirikanlah rumahtangga bagimu.
CIntailah isterimu di dalamnya dengan cinta yang tulus. Berilah dia
keperluannya berupa makanan dan pakaian. Dan berilah minyak wangi untuk
isterimu. Kerana boleh menyegarkan anggota-anggota tubuhnya dan jadikanlah dia
bahagia selama engkau hidup, kerana isteri adalah cermin suaminya yang
memantulkan segala upaya yang dicurahkannnya demi kebahagiaannya. Jangan lah
engkau bersikap kasar di dalam rumah. Kerana kelembutan itu mendekatkan hati
wanita, sedang kekasaran itu menjauhkannya.”
Zaman
jahiliyah Arab
Di zaman
itu wanita mendapat penghormatan yang amat sedikit sekali, pada waktu-waktu
tertentu di kalangan sebahagian kecil bangsa Arab. Ramai wanita dianiayai.
Beberapa
contoh terburuk perlakuan bahkan paling kejam ialah menguburkan bayi
hidup-hidup. Bayi perempuan di kalangan Arab zama jahiliyah amat menyedihkan
dan sangat hina. Banyak kes penguburan hidup-hidup bayi yang tidak
berdosa.
Allah
S.w.t berfirman yang maksudnya, “Dan apabila seseorang dari mereka diberi
khabar dengan kelahiran anak perempuan, hitamlah (merah padamlah) mukanya dan
dia sangat marah. “ Surah An Nahl : Ayat 58
“Ia
menyembunyikan dirinya dari orang ramai disebabkan buruknya berita yang
disampaikan kepadanya. Apakah dia akan memeliharanya dengan menanggung kehinaan
atakah akan menguburkannya ke dalam tanah (hidup-hidup), ketahuilah alangkah
buruknya apa yang mereka tetapkan itu.” Surah An Nahl : Ayat 59
“Dan
demikianlah pemimpin-pemimpin mereka menjadikan orang-orang musyrik itu
menganggap baik membunuh anak-anak mereka untuk membinasakan mereka dan
untuk mengaburkan mereka bagi agama mereka. Dan kalau Allah mengkehendaki,
nescaya mereka tidak mengerjakannya, tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka
ada-adakan.”
Surah Al An’am : Ayat 137
Kes
bunuh bayi hidup-hiduo itu dilakukan kerana takut jatuh miskin. Ini seperti
yang diberitahu oleh Imam Al Qurthubi, “Di antara bangsa Arab ada yang membunuh
anaknya kerana takut miskin, sebagaimana disebutkan Allah S.w.t. Di antara
mereka ada yang membunuhnya secara kejam, tanpa alasan apa pun mereka membunuh.
Mereka adalah suku-suku Rabiah dan Mudlar yang membunuh anak-anak perempuan
demi harga diri.”
Diriwayatkan,
seorang lelaki sahabat Rasulullah S.a.w nampak susah di hadapan Rasulullah
S.a.w. Kemudian Rasulullah S.a.w bertanya kepadanya, “Mengapa engkau bersedih?”
Orang
itu menjawab , “Ya Rasulullah, aku telah berbuat dosa di zaman jahiliyah dan
takut Allah tidak mengampuni jika aku masuk Islam.”
Baginda
berkata, “Ceritakanlah kepadaku tentang hal itu.”
Orang
itu berkata, “Ya Rasulullah, aku termasuk antara orang-orang yang membunuh
anak-anak perempuan. Tatkala aku mendapat anak perempuan, isteriku memohon
dariku agar membiarkannya. Aku pun membiarkannya sampai besar dan menjadi
wanita yang paling cantik. Orang-orang meminangnya. Timbul rasa bangga dalam
diriku dan hatiku tidak mengizinkan untuk mengahwinkannya dan membiarkannya di
rumah tanpa kahwin.
Aku
berkata kepada isteriku, aku ingin pergi ke suku lain untuk mengunjungi para
kerabatku dan ingin membawa puteriku. Isteriku gembira atas hal itu dan
menghiasinya baju cantik dan barang perhiasan. Ia minta agar aku berjanji untuk
tidak mengkhianatinya. Aku pergi bersamanya menuju tepi sebuah sumur. Kemudian
aku memandang ke dalam sumur itu. Anak perempuan itu mengerti, aku akan
melemparkannya ke dalam sumur. Ia pun memelukku dan mulai menangis seraya
berkata, “Wahai ayahku, apakah yang akan engkau lakukan terhadapku?”
Aku
pun kasihan kepadanya , kemudian aku memandang ke dalam sumur dan timbul rasa
bangga paadku. Kemudian ia memelukku dan berkata, :Wahai ayahku, janganlah
engkau mengkhianati amanah ibuku.”
Aku
terus memandang ke dalam sumur dan memandangnya pula hingga syaitan mengalahkan
aku, lalu ku pegang dia dan ku campakkan ke dalam sumur kemudian ia berteriak
di dalam sumur, “Wahai ayah, engkau telah membunuhku!”
Aku
tinggal di situ hingga lenyap suaranya , lalu aku pulang. Menangislah
Rasulullah S.a.w dan para sahabatnya, baginda berkata;
“Andaikata
aku disuruh menghukum seseorang lantaran perbuatan dilakukannya di zaman
jahiliyah, nescaya aku menghukummu.”
Wanita
juga bertindak bengis terhadap anak perempuan di zaman jahiliyah seperti yang
dilakukan oleh lelaki. Menurut Ibnu Abbad, wanita di zaman jahiliyah ada yang
bila mengandung, ia menggali lubang dan berbaring di tepinya. Apabila lahir
bayi perempuan, ia akan mencampakkannya ke dalam lubang tersebut dan menanamnya
hidup-hidup, tetapi apabila bayi lelaki yang lahir maka ia pun
membiarkannya hidup.
Menurut
Qatadah, suku Mudlar dan Khuzaah menguburkan anak-anak perempuan hidup-hidup
dan yang paling kejam antara mereka ialah dari Bani Tamim. Mereka takut
tertindas.
Penghinaan
terhadap wanita di zaman jahiliyah Arab bukan hanya terbatas kepada penguburan
bayi hidup-hidup, tetapi kehinaan itu meliputi seluruh segi kehidupan mereka,
seperti wanita dijadikan hamba seks, hamba abdi yang boleh diperintahkan apa
saja dan tidak mempunyai apa-apa hak.
Setelah
kedatangan Islam, martabat kaum wanita diangkat dan dimuliakan. Tiada lagi
diskriminasi terhadap kaum wanita dan mereka juga mempunyai hak-hak tertentu di
dalam kehidupan. Begitulah adilnya Islam terhadap kaum wanita dan telah
membebaskan mereka dari diskriminasi yang telah sekian lama membelenggu diri
mereka, alhamdulillah …….
Wanita
kini
Dan
sebagai pengajaran juga kepada wanita sekarang , yang begitu mahu bersaing dan
ada yang mahu melebihi kaum lelaki. Semoga kita tidak mudah lupa diri dan
begitu kejarkan kejayaan duniawi yang sementara. Ini kerana jika dilihat di
kebanyakan universiti negara kita sekarang, rata2 nya dipenuhi oleh kaum
wanita. Maka tidak mustahil lah suatu masa nanti akan semakin banyak isteri
berkerjaya sedangkan suami menjadi suri rumah, yang mana telah pun wujud
sekarang.
Alasan
yang diberikan oleh kaum wanita masuk universiti adalah untuk menimba ilmu.
Saya nak tanya, ilmu tu hanya ada di universiti sahaja ke? Sedangkan
zaman sekarang sudah melimpah ruah media massa, ilmu boleh dikutip dari
mana-mana sahaja asalkan sumbernya itu sumber yang betul dan diiktiraf. Ini lah
akibatnya jika kerajaan tidak menapis betul-betul sistem kerja di negara kita
dan masih mengguna pakai undang2 British.
Keadaan
ini adalah begitu bertentangan sekali dengan lumrah hidup manusia sendiri iaitu
dari dahulu lagi , orang lelaki yang mencari rezeki sedangkan perempuan jaga
rumah dan anak2. Keadaan yang mula berubah sekarang adalah satu rekod sejarah,
kerana tidak pernah berlaku di zaman dahulu lelaki jaga anak manakala wanita
bekerja di luar rumah. Ini lah namanya akhir zaman, maka hati-hati lah kaum wanita
ya. Jangan keranamu kaum lelaki tidak ada pekerjaan dan menganggur. Dunia akan
menjadi rosak jika keadaan sebegini semakin berterusan. Apa gunanya anda
berkerjaya mewah dan tinggi sedangkan ramai lelaki yang menjadi penghisap dadah
, peragut, pemecah rumah, perogol dan perompak? Siapa yang susah nanti?
Kita semua juga …….
Kita
saksikan sahaja lah rekod2 jenayah yang sudah meningkat di dalam dunia sekarang
ini. Akibat dari Undang2 Islam
diabaikan dan diguna pakai undang2 yang merapu ciptaan manusia yang bukannya
semakin membina bahkan semakin meruntuhkan lebih-lebih lagi runtuh akhlak dan peradaban.
Apa
lagi wanita sekarang ramai yang gilakan pangkat dan jawatan tinggi2 serta
bergaji lumayan. Ini pun satu penyakit yang tidak disedari ramai dan telah
menjadi suatu perkara yang biasa. Sedangkan ia boleh menjejaskan kehidupan
manusia itu sendiri suatu masa nanti. Wanita sekarang suka menjadi pemimpin,
sedangkan jawatan kepemimpinan amat tidak sesuai dengan mereka. Kaum wanita
hanya sesuai menjadi golongan penasihat, bukannya menjadi imam atau pemimpin.
Itu yang perlu difikirkan kembali.
“Kaum
lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum
perempuan, kerana Allah telah melebihkan orang lelaki (daripada beberapa
keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang lelaki telah
membelanja (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka”. Surah an-Nisa’ : Ayat 34.
Ayat
di atas dengan jelas dan terang (muhkam) menyatakan bahawa orang lelaki adalah
pemimpin dan mempunyai kelebihan ke atas orang2 perempuan. Maka adakah kita
masih tidak berpuas hati dengan firman Allah? Mahu mencari alasan lagi?
Siapa kita untuk mempertikaikan firman Allah?
Rasulullah
s.a.w. bersabda maksudnya: “Suami adalah penjaga (pemimpin) terhadap kaum
keluarga dan ia dipertanggungjawabkan terhadap orang-orang di bawah jagaannya
dan isteri adalah penjaga (pemimpin) di dalam rumah tangga suaminya dan
anak-anaknya dan dipertanggungjawabkan terhadap orang-orang yang di bawah
tanggungannya” Hadith riwayat Bukhari.
Di
dalam hadith di atas pun telah dibataskan kepimpinan isteri. Isteri tetap di
bawah suami dan hanya boleh memimpin anak-anaknya. Kerana itu lah amat
tidak sesuai sekali seorang wanita menjadi pemimpin sebuah masyarakat di mana
masyarakat tersebut masih mempunyai ramai orang lelaki. Adakah lelaki-lelaki
itu semua tidak pandai memimpin sehingga terpaksa menggunakan khidmat wanita
untuk menjadi pemimpin. Perkara ini juga perlu dikaji semula, kerana kesan
pengaruh British terhadap perjalanan kehidupan di negara-negara bekas jajahan
mereka banyak terpengaruh dengan cara hidup mereka.
Menurut
Imam Hasan Al-Banna, wanita tidak dibenarkan menjawat apa-apa jawatan di
wilayah ‘ammah atau wazarah tafwid seperti kepimpinan ketenteraan (wilayah
jihad), wilayah hisbah, wilayah kehakiman, wilayah haji, wilayah kharaj dan
lain-lain bentuk umum. Selain dalil-dalil biasa dari Al-quran dan al-Hadith,
beliau juga berdalilkan ijma’ amali yang menunjukkan bahawa sejak zaman Rasul
SAW, baginda tidak pernah melantik kepimpinan umum di kalangan wanita dan hal
ini berterusan hinggalah jatuhnya empayar Islam Uthmaniyyah. Malah Rasulullah
SAW dan para sahabat juga tidak pernah melantik ahli keanggotaan syura ( ahl
al-hal wal aqd ) dari kalangan wanita.
“Tidak
akan pernah beruntung suatu kaum yang menyerahkan urusan (pemerintahan) mereka
kepada seorang wanita”
Hadith Riwayat Bukhari
Dan hujjah
yang kukuh lagi tentang tidak layaknya wanita menjadi pemimpin lebih2 lagi
pemimpin sebuah negara ialah tidak berlaku langsung pada zaman Nabi Muhammad
S.a.w dan para sahabat bahawa mereka mengangkat seorang wanita menjadi
KHALIFAH. Itu sudah nyata dan terang bagi kita. jika benar wanita itu
layak, sudah pasti lah telah dicontohi oleh Nabi dan sahabat kerana mereka
adalah contoh TERBAIK kita. Sedangkan dalam hal berpoligami pun telah dicontohi
oleh Nabi Muhammad S.a.w, adalah tidak munasabah tidak dicontohi wanita menjadi
pemimpin, jika benarlah wanita itu layak untuk memimpin rakyat.
Ada
pendapat yang mengatakan wanita boleh menjadi pemimpin berdasarkan kepada
peristiwa Ratu Balqis di zaman Nabi Sulaiman. Tetapi perlu difikirkan semula,
Ratu Balqis di zaman mana? Dan apa yang jadi selepas dia sudah kahwin
dengan Nabi Sulaiman? Tetap Nabi Sulaiman menjadi pemimpin. Dan seperti
hujjah di atas, tiada dicontohi oleh Nabi dan para sahabat mengangkat wanita
menjadi khalifah.
Banyak
syarikat sekarang ini mahu mengambil pekerja yang hanya wanita sahaja. Kerana
biasanya wanita yang melariskan lagi perniagaan mereka. Ini pun satu hal yang
menyebabkan semakin ramai wanita bekerja dan lelaki menganggur. Senario
ini sepatutnya dikaji dan di teliti kembali agar ianya tidak semakin parah di
kemudian hari. Mencegah lebih baik dari merawat.
Dan
saya tidak mengatakan bahawa kaum wanita tidak boleh bekerja sama sekali.
Tetapi kajian perlu diadakan semula bagi menilai mana pekerjaan yang sesuai dan
mana pekerjaan yang sepatutnya di serahkan kepada kaum lelaki sahaja. Ini bagi
mengelakkan terjadinya;
–
Pengabaian terhadap anak2 dalam rumahtangga.
–
Penambahan pengangguran di kalangan lelaki.
–
Peningkatan penghisap dadah.
–
Peningkatan kadar jenayah yang disebabkan lelaki tidak bekerja dan menghisap
dadah terutamanya.
–
Berlaku fitrah kemanusiaan yang songsang iaitu perempuan bekerja di luar
sedangkan lelaki jaga anak dan menjadi suri rumah.
–
Masyarakat semakin tidak beruntung kerana di pimpin oleh ramai orang perempuan (sesuai
dengan maksud hadith riwayat Bukhari di atas).
Comments
Post a Comment