KEGUGURAN: PENGALAMAN PERTAMA YANG MENYEDIHKAN
Rasanya bagi mana-mana isteri yang sudah bergelar
ibu atau yang bakal bergelar ibu yang mengalaminya pasti merasa sedih, tambahan
jika kandungan anak pertama. Begitu juga dengan saya, inilah pengalaman pertama
keguguran kandungan yang berusia 2 bulan lebih.
Harapan untuk menimang cahaya mata yang pertama belum
kesampaian apabila kandungan yang berusia 2 bulan lebih berakhir setelah gugur.
Namun keguguran juga telah menjawab segala
persoalan dan keraguan tentang pendarahan yang dialami sedikit demi sedikit,
hari demi hari sehingga hari yang ke-5 di mana ianya berakhir dengan keguguran.
Harapan saya dan suami mendapat anak berkecai setelah kandungan ini berakhir dengan
gugur! Tapi diri ini redha, Allah s.w.t adalah sebaik-baik perancang.
Pengalaman tanda-tanda awal
Pada mulanya memang pelik, ada sedikit pendarahan
ketika mengandung. Mustahil datang haid ketika mengandung. Tapi setelah
membaca info-info mengenai masalah ini di ruangan soal jawab bersama doktor di
internet, ternyata pendarahan ketika mengandung adalah normal atas
perubahan-perubhan tertentu yang berlaku. Namun, ada juga kemungkinan-kemungkinan
lain yang memberi impak negatif kepada kandungan termasuklah tanda-tanda awal
keguguran.
Dalam hati ni rasa berdebar-debar, memohon doa agar
tidak ada perkara yang buruk berlaku. Solat 5 waktu juga diteruskan seperti
biasa walaupun pada mulanya timbul keraguan untuk bersolat, kerana tidak pasti
darah yang keluar. Membaca surah-surah amalan semasa mengandung juga diteruskan
seperti biasa setiap kali selepas solat, setelah membaca info tentang perkara
ini. Harap-harap apa yang sedang berlaku ini adalah normal dan tidak ada
apa-apa masalah kepada kandungan.
Perasaan risau juga tak terlebih kepada suami.
Risau kalau-kalau sakit. Tapi, yang peliknya tak sakit pun. Harapan suami juga
agar tidak ada masalah dengan kandungan. Kandungan yang
diharapkan akan menyerikan lagi rumah tangga kami. Tapi, perkara tersebut adalah tak penting, yang penting semuanya
berada dalam keaadan sihat dan selamat.
Ternyata pengalaman mengandung kali pertama ini agak pelik
sedikit kerana walaupun kandungan sudah masuk 2 bulan, tapi masih belum ada
alahan. Perkara yang paling pelik ialah pada kandungan kedua ini dari
awal-awal lagi sudah mengalami pendarahan yang sedikit untuk 1-2 hari
sahaja. Selepas itu, kembali normal berlarutan sehinggalah berlaku pendarahan
sedikit yang agak pelik berlarutan sehingga ke 5 hari.
Tanda-tanda
Awal Keguguran
Sewaktu kandungan dalam 1st trimester (1-3 bulan),
sememangnya perlu berhati-hati kerana kandungan masih lemah dan cenderung untuk
gugur jika tidak menjaganya dengan baik. Perkara-perkara yang perlu diambil
berat ialah pemakanan dan elakkan dari aktiviti lasak. Semua terkejut bila
mwngalami keguguran, termasuk mak. Mak ada bertanya kalau ada tersalah makan
nenas ke apa. Hmmm,...jauh sama sekali, seingat aku, tak pernah makan pun.
Keguguran
Pasrah dan redha dengan rezeki serta ketentuan-Nya,
hari ke-5 pendarahan semakin banyak sebelum tidur lebih kurang pukul 10 malam.
Rasa nak tidur awal malam tersebut, kerana rasa tak selesa, terasa
lenguh-lenguh badan dan sakit-sakit tulang belakang. Rasa macam datang bulan
walaupun tak sakit. Malamnya tidur macam biasa sehinggalah terjaga beberapa
kali dari pukul 2:00-4:00 pagi kerana rasa memulas.
Sakit dan rasa memulas bertambah teruk seakan sakit
nak bersalin. Bila dah hampir pagi rasa sakit dah berkurangan. Sehingga la
bagun pagi tersebut, terasa seolah-olah keluar sesuatu beserta darah yang
banyak. Subhanallah...ini la pengakhiran kepada kandungan yang berusia 2 bulan
lebih ini.
Perasaan tergaman masih lagi terpacak diwajah ini.
Inilah pengalaman pertama keguguran. Besar sungguh kuasa-Mu Ya Allah, mencipta
jasad dari seketul daging dan membentuk janin. Allahhuakbar!!
Sedih tak kala melihat suami membasuh dan menanam
janin tersebut. Rasa terkilan dan jika boleh diungkapan dengan kata-kata ingin
dilafazkan... "maafkan mama" kerana tak dapat meneruskan kandungan.
Mungkin jasadnya berada dalam kandugan ni hanya 2 bulan lebih. Allah s.w.t
lebih mengetahui segalanya.
Selepas
Keguguran
Selepas itu suami terus membawa ke klinik. Walaupun
rasa sakit sudah hilang, tapi badan agak lemah kerana kehilangan banyak darah.
Setelah doktor scan, ternyata ianya keguguran. Janin dalam kandungan telah
keluar sepenuhnya dan tidak perlu untuk "proses mencuci", cukup
sekadar ubat tahan sakit yang diberi.
Kata mak, keguguran kena berpantang seperti
bersalin juga untuk menjaga peranak dan rahim. Darah yang keluar adalah darah
nifas dan akan keluar dalam masa 1-2 minggu.
Walau apa pun, redha dengan ketentuan-Nya dan
berharap agar berpeluang untuk menimbang cahaya mata lagi selepas ini.

p/s: Hargai
rezeki dan pemberian yang amat berharga oleh-Nya. Bukan semua wanita berpeluang
untuk merasai nikmat mengandung, bersalin dan mempunyai cahaya mata.
Comments
Post a Comment