APAKAH KWSP ?
Setiap kali aku lalui Federal Highway, pasti
inilah bangunan yang akan aku lihat, baik sengaja mahupun tak sengaja. Memang
inilah pemandangan yang akan terpapar dimata sang pemandu / penumpang kenderaan
baik awam, mahupun persendirian
Dahulu, aku tak pernah tahu, apakah fungsinya KWSP
ini. Yang aku tahu, ia adalah salah satu badan yang menguruskan wang, seperti
namanya - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.
Tapi, aku mahu tujukan beberapa persoalan pada
anda;
- Tahukah anda, apakah itu KWSP?
- Apakah yang dimaksudkan dengan 'mencarum' dalam KWSP?
- Apa kepentingan mencarum dalam KWSP?
- Siapakah yang harus mencarum dalam KWSP?
- Bilakah kita mampu mengeluarkan wang caruman?
Saya akan cuba menerangkan dalam bahasa mudah
tentang KWSP
Apa itu KWSP?
KWSP merupakan sebuah institusi keselamatan sosial
yang ditubuhkan di bawah Undang-Undang Malaysia, Akta Kumpulan Wang Simpanan
Pekerja 1991 (Akta 452) yang menyediakan faedah persaraan kepada ahlinya
melalui pengurusan simpanan mereka secara cekap dan boleh dipercayai. KWSP juga
menyediakan sistem yang efisien dan mudah bagi memastikan para majikan memenuhi
tanggungjawab undang-undang serta kewajipan moral mereka untuk mencarum kepada
KWSP bagi pihak pekerja mereka. (sumber; laman web KWSP)
| KWSP - simpanan masa tua anda |
Inilah yang dimaksudkan dengan caruman
pekerja - sebahagian wang gaji yang diperoleh kemudian disimpan dalam
KWSP
Berapa banyak yang perlu dicarum dalam
KWSP?
Berbeza mengikut gaji bulanan masing-masing;
RM5,000 dan kebawah ; 11% (dari caruman pekerja),
13% (dari syer majikan)
Lebih RM5,000 ; 11% (dari caruman pekerja), 12%
(dari syer majikan)

e-Caruman; kini semakin mudah untuk pemilik syarikat
|
Apa kepentingan mencarum dalam KWSP?
Ya, soalan yang pastinya ditanya oleh semua orang.
Antara kepentingannya adalah;
- Mematuhi Undang-Undang Malaysia, Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 (Akta 452), sekaligus mengelakkan syarikat dikenakan tindakan undang-undang oleh kerajaan Malaysia.
- Simpanan wang yang WAJIB bagi memastikan setelah persaraan, kita mampu menyara hidup sendiri
Caruman KWSP boleh diguna untuk
langsaikan hutang?
Jawapanku, ya dan tidak
Ya - bergantung pada anda sendiri, setelah peroleh
wang hasil caruman KWSP, anda mahu buat apa sahaja dengan wang tersebut. Mahu
bayar hutang? Mahu buat hutang baru? Mahu 'enjoy' sakan? Terpulang pada anda.
Tidak - ini tindakan yang kurang matang bagi
sesetengah golongan. Ini adalah kerana, wang tersebut boleh dilaburkan dalam
perkara seperti Amanah Saham, Tabung Haji, Saham, dan macam-macam lagi.
Bergantung kepada keinginan masing-masing.


Comments
Post a Comment