FIRST DAY AT UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA



Assalamualaikum semua .

Hari ini hari kedua saya di Universiti Kebangsaan Malaysia.  Rasa bertuah diri sebab dapat masuk universiti ini. Hehe. Try to start something fresh so saya nak post something here.

Dunia kelihatan seolah-olah menjadi jauh lebih besar bagi perspektif seorang yang bergelar mahasiswa. Mungkin juga boleh menjadi sedikit menakutkan. Kita mungkin akan mendapati sukar untuk menyesuaikan diri dengan perubahan dan persekitaran ini secara tiba-tiba. Kita mungkin juga akan mengalami sedikit kejutan budaya, dan terpaksa meninggalkan zon selesa, semata-mata untuk memberi tumpuan kepada prestasi yang baik dalam pelajaran dan mendapat pendidikan tinggi  mengikut perancangan. 

Bergantung pada tujuan masing-masing. Ada setengah orang “further studies” untuk kenaikan pangkat, ada yang untuk mencuba perkerjaan atau bidang yang lain, ada yang mengisi masa lapang atau ada yang memang suka belajar untuk dapat ilmu.

Tetapi Neale Donald Walsh telah meletakkan ia secara terus terang – ‘hidup bermula pada akhir zon selesa kita’. Waktu kita di universiti akan menjadi sia-sia lagi jika tidak membenarkan diri sendiri untuk merasai sepenuhnya pengalaman di sana, walaupun tidak semua pengalaman tersebut baik-baik belaka. Ini pengalaman dan persediaan saya sewaktu berada di Universiti bagi pelajar separuh masa.

BERDIKARI DAN MENGURUSKAN AUTONOMI PERIBADI
Maksudnya pelajar sebagai part time ni, banyak komitmen yang perlu ditanggung terutama kalau dah bergelar suami/isteri macam saya. Perlu bijak membahagikan dari segi masa, tanggungjawab dan kewangan. Tapi kalau dah masuk universiti ni, mesti dah fikir tentang hal itu semua. Actually susah jugak sebab memikirkan keluarga, kerja , assignment lagi tapi takpelah demi masa depan , aku rela berkorban .haha

MEMBUAT SEBERAPA BANYAK KAWAN-KAWAN YANG MUNGKIN
Melangkah ke Universiti bermakna kita akan berjumpa dengan orang baru. Ramai juga pelajar yang ambil separuh masa ini  dan saya jumpa banyak watak-watak baru yang menarik dan tak kurang juga yang pelik. Ada di antara mereka yang akan saya suka dan ada juga diantara mereka yang saya kurang mesra. Segelintir daripada mereka kelihatan janggal, tapi di akhir-akhir nanti semuanya akan menjadi mesra dan akrab kerana masing-masing kan sudah dewasa.

Yang paling penting buat kawan dengan Pensyarah and of course perlu juga hormat. Inshallah saya akan ambil setiap peluang yang ada sewaktu di dalam universiti untuk menjalin hubungan baru (bukan jenis romantis!) Dan mempunyai gabungan kepelbagaian rakan-rakan. Mereka akan menjadi tiang sokongan saya untuk perjalanan seakan ‘roller coaster’ ini. 

ADAKAH SESUATU YANG UNIK DAN TIDAK DAPAT DILUPAKAN
Cari bilik kuliah tak jumpa-jumpa. Haha. Masa mula-mula masuk  terpaksa berpusing satu bangunan nak cari dewan kuliah/kelas sebab tak jumpa-jumpa. Biasalah first day kan? Tak beberapa nak familiar.

MASUK KELAS
Dah sampai kelas suasana awkward tu memang ada. Tambah-tambah lagi kalau lambat. Haha waktu ni pun blur tak tahu nak duduk mana dan sebelah siapa. Waktu ni lah kita observe je perangai sorang-sorang classmates kita. Belum kenal lagi dah buat andaian macam-macam.

PERKENALKAN DIRI
Semua tempat ada benda ni. Yelah, dah belajar satu kelas mestilah perlu saling kenal-mengenali. Masa ni lah nak kenalkan diri, asal mana, duduk kolej kediaman apa. Mana yang jenis pemalu tu kadang-kadang cakap apa pun kita tak dengar. Tetapi masa semester pertama saya, tiada sesi pengenalan diri bagi kelas saya. Kami berkenalan time presentation je. Haha . Maybe pensyarah nak jimat masa.

PILIH GENG
Bila dah masuk tempat baru ni tentu-tentulah nak kena cari kawan baru juga. Waktu ni lah nak cari geng-geng sekepala kata orang. Setsetengah orang mesti pernah rasa bertukar-tukar geng setiap semester. Yelah nak cari kawan yang 'sebulu' ni bukan senang. Selalunya macam kena try and error. Hehe









Saksikan video korporat Fakulti Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia yang dihasilkan oleh Kretvideo production :). Ini adalah mahasiswa-mahasiswi yang telah menamatkan pengajian di UKM. Inshallah one day i will become like them. This video keep inspiring me everyday. Hope someday i will graduate with honour and succesful. amin.





Comments

Popular Posts