SWEDISH MEATBALL
Assalamualaikum,
Panasnya
cuaca kebelakangan ini kan? Tapi waktu malam cuaca dinginnya sampai off
segala aircond dan kipas pula. Dalam cuaca yang tidak menentu macam
sekarang ni kenalah banyak minum air dan makan buah-buahan. Kesihatan
kena juga dijaga.
Balik kerja penat-penat memang kekadang penat nak masak . Tapi disebabkan perut yang terasa sangat-sangat lapar sampai tak boleh tidur. So rasa nak masak benda yang simple-simple buat diri dan suami. Tiba-tiba saja nak mencuba makanan ala western. haha . Jadi saya nak kongsikan satu resipi iaitu "Swedish Meatball".
Nak prepare menu western ni tak susah pun. Saya sukakan
yang simple, ringkas dan cepat dan mudah. Saya pernah match kan bersama spaghetti. Boleh
tahan juga kombinasi pasta spaghetti dan Swedish meatball ni..
Marisaya ulang tayang resipi Swedish Meatballs dekat semua. Mana yang dah jemu makan nasi, Mana tahu nak tukar selera western
cuba resipi mudah ni. Jimat pun jimat. Kos tak mahal mana pun
berbanding makan kat luar. Dengan hanya RM20+ boleh makan satu keluarga!
SWEDISH MEATBALL
1. 2 sudu butter
2. 1 1/2 sudu tepung gandum
3. 1 biji bawang besar kuning – didadu kecil
4. 2 biji tomato sederhana besar – didadu kecil
5. 1 1/2 cwn air sejuk
6. 100 ml susu segar/susu cair
7. 3 sudu sos tomato
8. 3 sudu sos tiram
9. 2 sudu kicap manis
10. 2 sudu sos lada hitam/serbuk lada hitam
11. 1 kiub pati ayam
12. 1 sudu gula
13. serbuk beef gravy segera/1 kiub pati daging
Balik kerja penat-penat memang kekadang penat nak masak . Tapi disebabkan perut yang terasa sangat-sangat lapar sampai tak boleh tidur. So rasa nak masak benda yang simple-simple buat diri dan suami. Tiba-tiba saja nak mencuba makanan ala western. haha . Jadi saya nak kongsikan satu resipi iaitu "Swedish Meatball".
Nak prepare menu western ni tak susah pun. Saya
Marisaya ulang tayang
SWEDISH MEATBALL
Bahan-bahan
1. Meatball
sebarang jenama secukupnya – (beli brand Ramly) meatballs digoreng
tanpa minyak dengan api sederhana. Pastikan selalu balik-balikkan.
Jangan sampai hangus. Nak senang guna non-stick pan atau magic pan.
2. Kentang goreng secukupnya
3. 1 sudu jem strawberry/blueberry/mixed fruit
Sauce Gravy
1. 2 sudu butter
2. 1 1/2 sudu tepung gandum
3. 1 biji bawang besar kuning – didadu kecil
4. 2 biji tomato sederhana besar – didadu kecil
5. 1 1/2 cwn air sejuk
6. 100 ml susu segar/susu cair
7. 3 sudu sos tomato
8. 3 sudu sos tiram
9. 2 sudu kicap manis
10. 2 sudu sos lada hitam/serbuk lada hitam
11. 1 kiub pati ayam
12. 1 sudu gula
13. serbuk beef gravy segera/1 kiub pati daging
Cara penyediannya
1- Cairkan butter guna api perlahan. Tumis bawang hingga bawang layu dan warna kecoklatan. Jangan sampai garing.
2- Masukkan tepung gandum. Kacau hingga berubah warna sedikit coklat. Masukkan tomato dan biar hingga tomato layu.
3-
Masukkan air sejuk, susu segar, sos tomato, sos tiram, kicap manis,
sos lada hitam, kiub pati ayam, gula dan beef gravy. Kcau rata dan biar
sampai mendidih.
4-
Sentiasa kacau bagi tak berketul. Perasakan dgn garam jika terasa
tawar. Kalau kuah terlalu pekat, campurkan sedikit air, dan jika cair,
tambah sedikit air tepung jagung.
5-
Kacau sebati. Tutup api, blender gravy tadi hingga halus. Tuang semula
dalam periuk dan didihkan sebentar. Kacau sentiasa. Apabila sudah
mendidih, tutup api dan tuang atas meatball.
Yummy!
Selamat mencuba!
Comments
Post a Comment