5 PERKARA YANG ANDA HARUS TAHU TENTANG PERKESO
I've tried to share the information i got from the visit of PERKESO to my office . Mereka ade buat segala penerangan tentang SOCSO. So, saya share sikit kat sini .
Walaupun kebanyakan orang sudah mengetahui apa
itu KWSP, PERKESO masih kelihatan kurang popular dari segi
kesedaran dalam masyarakat umum. Anda mungkin menyedari bahawa sebahagian
daripada pendapatan bulanan anda diperuntukkan untuk PERKESO daripada kedua-dua
majikan dan pekerja tetapi apakah yang benar-benar anda bayar untuk?
Mari kita lihat bagaimanakah PERKESO berkaitan
dengan orang ramai.
1. Kebaikan PERKESO
PERKESO telah ditubuhkan untuk menyediakan
bantuan dari segi perubatan dan kewangan kepada pekerja yang kebolehan mereka
dikurangkan akibat kemalangan atau penyakit. Mereka juga memberikan bantuan
kepada ahli tanggungan pekerja sekiranya kematian berlaku melalui pencen.
Faedah-faedah di bawah skim ini dibahagikan
kepada dua iaitu Skim Bencana Pekerjaan dan Skim Keilatan.
Kebaikan Skim Bencana Pekerjaan:
Skim ini memberi perlindungan kepada pekerja
yang mengalami kecederaan semasa bekerja.
- Faedah Perubatan
- Faedah Hilang Upaya Sementara
- Faedah Hilang Upaya Kekal
- Elaun Layanan Sentiasa
- Faedah Orang Tanggungan
- Kemudahan Pemulihan Jasmani atau Vokasional
- Program 'Return To Work'
- Faedah Pengurusan Mayat
- Faedah Pendidikan
Satu lagi perkara penting yang harus diberi
perhatian adalah hakikat bahawa pekerja yang sudah berhenti menyumbang kepada
PERKESO mungkin masih dilindungi sekiranya mereka memenuhi syarat-syarat
tertentu. Kebanyakan orang terlepas pandang akan hakikat ini.
Skim Keilatan:
Skim ini melindungi pekerja yang hilang upaya
atau meninggal dunia atas sebarang sebab yang tidak mempunyai kaitan dengan
pekerjaan mereka. Keilatan merupakan keuzuran yang menyebabkan ketidakmampuan
pekerja untuk mencapai satu pertiga daripada nafkah seperti orang yang normal.
Ketidakupayaan ini boleh mengambil bentuk keuzuran yang berkekalan atau yang
tidak mungkin akan sembuh.
Faedah-faedah di bawah skim ini adalah:
- Pencen Ilat
- Bantuan Ilat
- Elaun Layanan Sentiasa
- Pencen Penakat
- Faedah Pengurusan Mayat
- Kemudahan Pemulihan Jasmani atau Vokasional dan Dialisis
- Program 'Return To Work'
- Faedah Pendidikan
Pencen penakat juga merupakan maklumat yang
penting bagi yang menganggap bahawa pencen akan berhenti selepas pekerja
tersebut meninggal dunia. Melalui skim pencen penakat, ahli keluarga tanggungan
boleh memohon supaya pencen tersebut diteruskan kepada mereka.
2. Pemeriksaan Kesihatan Percuma
PERKESO telah mengeluarkan baucar pemeriksaan
kesihatan kepada 2.2 juta rakyat Malaysia. Walau bagaimanapun, inisiatif ini
menerima sambutan yang dingin kerana 1.7 juta (77.3% daripada calon-calon yang
layak) orang yang layak untuk pemeriksaan perubatan percuma tidak memanfaatkan
baucar tersebut.
Memandangkan keseluruhan proses tersebut tidak
mudah untuk dilaksanakan, penerima baucar wajar dan sememangnya digalakkan
untuk mengambil cuti untuk menghadiri perkhidmatan percuma ini.
3. Adakah Anda Bekerja Sendiri?
Jika jawapan anda ya, usahlah risau kerana
Kementerian Sumber Manusia mensasarkan mereka yang bekerja sendiri. Ahli
perniagaan dan pemandu teksi layak di bawah skim perlindungan PERKESO pada
tahun 2015. Skim baru itu akan membolehkan pemandu teksi untuk menyumbang
kepada PERKESO untuk menjaga kebajikan diri mereka.
Memandangkan GST yang bakal dilaksanakan membawa kebimbangan yang
semakin bertambah mengenai perbelanjaan kewangan, skim perlindungan ini mungkin
merupakan satu perkara positif dalam kalangan semua pelaksanaan baru.
4. Adakah PERKESO Wajib?
Sumbangan PERKESO adalah wajib bagi semua
pekerja Malaysia yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 setiap bulan.
Walaubagaimanapun, sumbangan tersebut tidak
wajib bagi mereka yang berpendapatan RM3,000 ke atas.
Disebabkan oleh prinsip "sekali sertai,
sentiasa ahli", ahli PERKESO yang telah menyumbang kepada PERKESO akan
terus menjadi ahli walaupun gajinya telah melepasi RM3,000.
5. Berapakah Sumbangan PERKESO Anda?
Jadual Kadar Caruman akan memberikan idea yang
lebih baik tentang jumlah sumbangan anda.
Anda harus mengetahui kategori anda.
Jenis Pertama : Skim Bencana Pekerjaan dan
Skim Keilatan
- Semua pekerja yang belum mencapai umur 60 tahun perlu dicarumkan di bawah kategori ini.
- Anda harus tahu bahawa sumbanyan hanya mengambil 0.5% syer pekerja daripada gaji bulanan pekerja. Mana-mana angka yang mencadangkan sumbangan yang lebih tinggi perlu dilaporkan.
Jenis Kedua : Skim Bencana Pekerjaan Sahaja
- Pekerja yang berumur lebih daripada 60 tahun dan masih bekerja
- Pekerja berumur 55 tahun ke atas yang telah membuat sumbangan PERKESO pertama mereka
- Orang berinsurans yang menerima Pencen Ilat yang masih bekerja dan mendapat kurang daripada 1/3 gaji bulanan purata sebelum mengidap keilatan.
- Syer majikan adalah sebanyak 1.25% daripada gaji bulanan pekerja.
Untuk mengira caruman Perkeso anda, anda boleh
rujuk ke pautan ini.
Kesimpulan
PERKESO masih kurang diketahui oleh orang
ramai sungguhpun banyak memberi sumbangan kepada masyarakat. Kebaikan PERKESO
yang tidak dimanfaatkan sepenuhnya akan menyebabkan kerugian kepada orang yang
mungkin memerlukan bantuan tersebut. Anda harus membantu menyebarkan dan
berkongsi pengetahuan ini dengan rakan-rakan dan keluarga anda. Anda mungkin
tidak sedar bahawa anda dapat membantu mereka apabila menerima informasi
daripada anda. Untuk melihat lebih tentang apa yang PERKESO boleh lakukan untuk
anda, sila rujuk kepada laman webnya di sini.
Selamat datang.
ReplyDelete